KATA QUR'AN KITA KENA INGAT PADA TAURAT, ZABUR, INJIL!

Disebutkan di dalam Qur'an surah Al-Ghashiyah [88]:21 bahawa Muhammad (saw) adalah yang memperingatkan ...

Disebutkan di dalam Qur'an surah Al-A'raf [7]:188, berkata Muhammad (saw) ...

Aku hanya pemberi amaran dan pembawa berita gembira bagi orang beriman.

Bahawa ada petunjuk dan cahaya di dalam Kitab-Kitab sebelum Qur'an, iaitu Taurat, Zabur dan Injil. (QS. Al-Ma'idah [5]:44,46). Itulah yang Muhammad (saw) ingatkan.

Ingatlah Adam, Nuh, Ibrahim, Ismail, Ishaq dan Ya'kub, Keluarga Imran, kisah Maryam, dll. Ingatlah kisah-kisah para nabi.

Mereka semua menyatakan bahawa Almasih yang bernama Isa adalah kabar gembira dari Allah bagi manusia yang difitnah secara keji oleh Almasih Dajjal. Nabi Muhammad (saw) pun dalam solat selalu memohon perlindungan ilahi dari kejinya fitnah Almasih Dajjal.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Seperti rasulullah-rasulullah sebelum Nabi Muhammad (saw), Nabi Muhammad (saw) yang adalah nabi terakhir pun juga memperingatkan bahawa Almasih yang bernama Isa adalah faktor mustahak bagi sesiapapun manusia. Almasih Isa adalah ketetapan Allah yang adalah kabar gembira yang melegakan. Almasih yang bernama Isa adalah perlindungan ilahi (QS. Ali Imran [3]:45-51; QS. Maryam [19]:19-36), sebab,

Manusia tempatnya salah dan lupa.

Sesiapapun tanpa pandang bulu yang mengingat Taurat, Zabur dan Injil disebut Ahli Dzikir (QS. An Nahl [16]:43; QS. Al Anbiya' [21]:7). Tazkirah berpunca pada Kitab-Kitab sebelum Quran, iaitu Taurat, Zabur dan Injil. Oleh Al Qur'an, barangsiapa yang melakukan tazkirah pada Kitab-Kitab sebelum Quran tergolong Ahli Dzikir. Kitab-kitab sebelum Quran ibaratnya adalah Ummul Kitab atau Ummul Quran (Ibu daripada Quran). (QS. Az-Zukruf [43]:4; QS. Ali Imran [3]:7; QS. Ar-Ra'd [13]:9).

Jannah di bawah telapak kaki ibu.

Walaupun sudah tua renta dan lemah sekalipun, ibu adalah amat mustahak. Jangan menjadi seperti Malin Kundang yang durhaka kepada ibunya. Kitab Taurat, Zabur dan Injil ibaratnya adalah Ibu daripada Quran. Qur'an Nabi Muhammad memperingatkan ibaratnya janganlah menjadi durhaka pada Kitab Taurat, Zabur dan Injil. (QS. Al Ma'idah [5]:46-47). Kitab Taurat, Zabur, Injil juga Rukun Iman. (QS. Al-Baqarah [2]: 177,285,136; QS. Ali Imran [3]:184). Lakukan tazkirah atau ingatlah pada Kitab-Kitab Allah sebelum Quran itu, iaitu Taurat, Zabur, Injil.

fīhi hudan wa nūrun

Di dalamnya ada Petunjuk dan Cahaya. Didalamnya ada Kalimat Allah namanya Almasih Isa terkemuka di dunia dan di akhirat dan muqarrabiin. (QS. Ali Imran [3]:45). Ber-tazkirah pada Kitab-Kitab sebelum Quran ibaratnya adalah ber-tazkirah sampai ke Lauh Mahfuz di mana Almasih Isa muqarrabiin menjadi Siratal Mustaqim di dalam Surah Fatihah menuju kepada Allah (SWT). (QS. Az Zukruf [43]:61). Semoga terkabul Doa Kanzul ‘Arsy yang terdapat di Kitab Majmu’ Syarif yang sudah lama sangat terkenal di mana-mana tempat di Nusantara ini mulai dari Kuala Lumpur, Pattani, Aceh, Bandung, Singapura, Mindanao.

وَ ارْحَمْنَا ِبِبَرَكَة َتَوْرَاةِ مُوْسَى وَ زَبُوْرِ دَاوُدَ وَ اِنْجِيْلِ عِيْسَى

Ya Allah, rahmatilah kami dengan Keberkatan Taurat Musa, Zabur Daud, Injil Isa.